Jumaat, 15 April 2011

DUGAAN YANG SANGAT BESAR

Kali ini aku jatuh lagi....aku tidak terdaya untuk menahan semua dugaan yang Engkau berikan  pada aku...aku terlalu sakit, sakit untuk menempuh semua ini, kepayahan kehidupan seharian untuk payah untuk aku laluinya. Aku terlalu sedih bahkan tidaktau berbuat apalagi hanya aku mampu menangis sahaja. Kenapa aku kerap sngat dugaan yg datang padaku ini, aku tidak kuat untuk tempuh semua ini YA ALLAH, tolong hambamu ini agar boleh meneruskan hidup dengan sempurna seperti biasa.
Besar sgtkah kesilapan yg aku lalukan balasan yang aku terima terlalu perit & sakit bagi ku...aku mahukan kebahgian seperti insan-insan lain, bahagia disamping insan yg tersayang kenapa aku tidak seperti mereka. Aku sentiasa diuji dengan dugaan yg tidak sanggup aku laluinya sampaikan aku tersungkur jatuh dan tidak terdaya hendak bangun semula.
Adakah ia jodohku??? Dan kenapa aku perlu jumpa dengan insan yang tidak pernah menghargai aku selama aku kenal dgnnya...pelbagai soalan yg timbul pada diriku...!!!! Adakah aku tidak diperlukan lagi??? Jika andaian aku selama ini betul kenapa dia mempermainkan cinta  yg selama ini kita bina bersama, dia curahkan kasih sayAng sepenuhnya sedangkan itu satu kepuraan!!! Kenapalah aku berjumpa dengan insan seperti die????
Ini sikapnya yg aku tahan selama ini disebabkan sayang dan dengan sayanglah juga aku terpaksa laluinya dengan tabah dan sabar. Perlu ker aku berterusan???  Apakah kisahku ini akan berakhir satu hari nanti??? Adakah 1 hari nanti dia baru hendak berubah atau menyesal diatas pergorbanan aku selama ini terhadap dirinya????
Aarrgghhhh!!!!!!!!!!!!!!! Sakit kepala aku kerana hendak memikirkan semua perkara ini dalam 1 masa yg sama...aku mahukan kebahgian hidup , aku tidak mahukan kesedihan, kekecewaan dan kedukaan yang menguasai ini semua...
YAALLAH AKU MEMOHON KEPADAMU AGAR ENGKAU TABAHKAN HATIKU INI UNTUK MENEMPUH SEGALA DUGAAN DAN ENGKAU UBAHKAN SIKAP SI DIA YANG TIDAK PERNAH BERSYUKUR DGN APA YANG DIA ADA SEKARANG........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan