TABAH MENEMPUH SEGALA UJIAN YANG DATANG
MENGISAHKAN TENTANG KEPAYAHAN HIDUP YANG SENTIASA DIUJI DENGAN PELBAGAI RINTANGAN DAN DUGAAN...
Jumaat, 29 Julai 2011
tabah
1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.
Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.
2. REDHA
Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.
Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.
3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.
Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri.
4. PASTI ADA HIKMAH
Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.
Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.
Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.
5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.
Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu. Amin

Selasa, 17 Mei 2011
TQ ALLAH
sayang~
terima kasih padamu,
akhirnya, tangisanku kau hargai,
senyum ku sudah terbalas,
kasih ku sudah ku dapat..
thanks coz kembali padaku yg hina ini.. thanks ALLAH

Ahad, 15 Mei 2011
![]() |
| berkekalan |
FIKIRAN BERCELARU OLEH INSAN YANG KELIRU
"Terlalu cepat ku menyayangimu, tak cukup bercerita, namun terlanjur ku mencintaimu, meski ku tak mengenalmu".. Orang tua2 selalu kata, "selami hati budinya sebelum 'menjalinkan' hubungan yang serius".. Orang yang sentiasa mengagung-agungkan cinta pula kata, "Cinta itu buta.. Kamu tidak dapat melihat kelemahannya pabila bercinta".. Persoalannya, yang manakah situasi yang kualami pada ketika ini??
"Tiada apa dapat menghalang, tiada kau aku gila bayang, tiada cintamu ku tak senang".. Honestly, perasaan yang paling menjengkelkan buat ketika ini ialah mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
"Izinkan aku mengungkapkan perasaan cinta yang lama tersimpan di hati, berikan aku kesempatan, membuktikan tulusnya cintaku"..
"Hilangnya cintamu menusuk hatiku hinggaku memilih cinta yang salah".. Menyedari ianya sesuatu perasaan yang salah pabila seorang sahabat berkata, "Untungnya dia ada bf mcm **** tue.. Dah la baik, sanggup pula tue temankan dia"..
"Kau yang bernama CINTA, kau yang memberi rasa, kau yang ilhamkan bahagia, hingga aku terasa indah".. Tika memiliki perasaan itu, segala-galanya indah, namun pabila kehilangannya, nie la yang terjadi, membebel sorang2 kat blog..
"CINTA adalah misteri dalam hidupku, yang tak pernah ku tahu akhirnya, namun tak seperti cintaku pada dirimu, yang harus tergenapi dalam kisah hidupku".. Erm, 'tergenapi' tue apa yek?? ok, mood sudahhhhhh rosak~~
"Dulu cinta tiada lagi dan aku masih mencari-cari kerna hatiku sanggup menunggu cinta darimu"..
"Baiknya kupergi, tinggalkan dirimu sejauh mungkin untuk melupakan dirimu yang selalu tak pedulikanku yang mencintaimu, yang menyayangimu"..
Saya tahu saya emo.. Tak berguna.. Menyusahkan.. Saya tahu awak malu kenal saya.. *mengemo*
Awak benci saya.. Yelah, saya pergi jauh2..Encik, saya rindu awak.. =.=
*ye, saya berjaya citer tentang 3 orang insan dalam satu entry*
erm.. encik HATI, diharap anda dapat bersabar dengan pemilik sementaramu ini..

Jumaat, 13 Mei 2011
DIUJI LAGI
yaallah kau kuatkan hati ku ini..aku tidak sanggup diuji sebegini rupa..aku mahukan kebhagian tp bila?? bila aku mahu tunggu kebahgian ini semua muncul dalam hidupku..setiap kali aku mula bernafas dengan selesa dan waktu itu juga aku dihimpit segala rintangan yang datang..aku tak mampu bdiri dengan sempurna..aku selalu jatuh..ya allah tolong lh hamba mu ini...aku mahu hidup dengan insan yg boleh menjaga ku sampai keakhir hayat aku..................
Jumaat, 22 April 2011
aku tidak tahan lg mengharungi semua ini...
Aku tidak terdaya lagi untuk aku menahan semua dugaan yang telah ENGKAU berikan padaku ini, aku merasakan bagai batu yang amat besar telah menghempap kepalaku ini. Apa lagi yang tidak puashati perangai aku kepada kau entah?? Aku tidak megerti..?? Kenapa semua ini terjadi padaku.?? Adakah aku Salah?? KeW kau yang tidak matang lagi?? Kau kata aku keras kepala, yang jadikan aku keras kepala bukan aku sendiri tapi kau, kau yang jadikan aku macam ini. Kau tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada didepan kau..aku kew yang patut kau salahkan?? Aku kew yang patut minta maaf?? Oh tidak!!! Aku bukan seperti dulu, yang menagih cinta kau sampaikan aku merayu dekat kau, sebab mungkin masa itu aku tidak boleh menerima hakikat yang aku akan kehilangan kau. Aku bodoh masa itukn. Merayu dekat lelaki yang tidak pernah matang dan tidak pernah menghargai aku. Kau tidak kenal ERTI CINTA SEJATI kan, yang kau tahu baran, dan keras hati sahaja. Itu semua dulu, mungkin fikiran aku waktu dahulu terlalu cetek untuk menilaikan diri kau. Sekarang aku sudah malas hendak fikir pasal cinta lagi, 1 jew aku mahu katakana jikalau ada jodoh tak kemana pun. Ermmm…naik nafas panjang aku bila terkenangkan perangai dia waktu mula-mula dia buat aku..sangat pedih, mesej yang dia hantar dekat aku penuh denga maki hamun. Itu dimanakan lelaki dayus yang maki perempuan. Tengok last-last dia dating pada aku, sebab aku sudah malas hendak memikirkan kisah cinta aku yang semakin kecundang ini. Pening dibuatnya, aku mahukan ketenangan dalam hidup buat sementara waktu. Aku tidak mahu memikirkan hal bodoh seperti ini.
Kisah baru ~ (Aku bersumpah atas nama mak aku dan ayah aku, Al-Quran dan Nama Allah, kalau ko pergi Tioman tue,aku xkan cri ko lg..ko fikir baik2 mana yang terbaik utk ko.aku xnk termakan sumpah k.) Ini ayat yang dia hantar dekat aku hari itu. Kenapa perlu dia halang aku sedangkan dia bukan suami mahupun tuning aku, so kenapa aku perlu jadi bodoh hendak ikut segala rentak dan cara hidup dia. Dia siapa yang hendak menghalang aku macam itu. Astarafullahal-azim. Aku sudah malas hendak fikir hal dia dengan kerenah macam budak-budak tidak matang.errmmmmm…buatlah apa yang kau suka aku sudah tidak mampu lagi untuk menahan semua ini. Terus terang aku katakana, aku dah tawau hati dengan sikap kau melayan aku. Biarlah kau pergi jauh-jauh dari hidup aku ini jangan kau cari aku lagi. Aku tidak mahu hidup derita dengan insane yang tidak pernah hargai aku. Cukuplah sampai disini sahaja kisah cinta kita, aku rela hidup sendiri dari hidup terseksa macam ini. Tak mengapa munking ada hikmah disebalik semua ini. Biarlah kau mengeluarkan kata-kata sumpah yang penting aku tidak seperti itu. Aku harapkan lepas ini hidup aku akan lebih bahagia dan aman …AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)