Jumaat, 22 April 2011

aku tidak tahan lg mengharungi semua ini...

Aku tidak terdaya lagi untuk aku menahan semua dugaan yang telah ENGKAU berikan padaku ini, aku merasakan bagai batu yang amat besar telah menghempap kepalaku ini. Apa lagi yang tidak puashati perangai aku kepada kau entah?? Aku tidak megerti..?? Kenapa semua ini terjadi padaku.?? Adakah aku Salah?? KeW kau yang tidak matang lagi?? Kau kata aku keras kepala, yang jadikan aku keras kepala bukan aku sendiri tapi kau, kau yang jadikan aku macam ini. Kau tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada didepan kau..aku kew yang patut kau salahkan?? Aku kew yang patut minta maaf?? Oh tidak!!! Aku bukan seperti dulu, yang menagih cinta kau sampaikan aku merayu dekat kau, sebab mungkin masa itu aku tidak boleh menerima hakikat yang aku akan kehilangan kau. Aku bodoh masa itukn. Merayu dekat lelaki yang tidak pernah matang dan tidak pernah menghargai aku. Kau tidak kenal ERTI CINTA SEJATI kan, yang kau tahu baran, dan keras hati sahaja. Itu semua dulu, mungkin fikiran aku waktu dahulu terlalu cetek untuk menilaikan diri kau. Sekarang aku sudah malas hendak fikir pasal cinta lagi, 1 jew aku mahu katakana jikalau ada jodoh tak kemana pun. Ermmm…naik nafas panjang aku bila terkenangkan perangai dia waktu mula-mula dia buat aku..sangat pedih, mesej yang dia hantar dekat aku penuh denga maki hamun. Itu dimanakan lelaki dayus yang maki perempuan. Tengok last-last dia dating pada aku, sebab aku sudah malas hendak memikirkan kisah cinta aku yang semakin kecundang ini. Pening dibuatnya, aku mahukan ketenangan dalam hidup buat sementara waktu. Aku tidak mahu memikirkan hal bodoh seperti ini.

Kisah baru ~ (Aku bersumpah atas nama mak aku dan ayah aku, Al-Quran dan Nama Allah, kalau ko pergi Tioman tue,aku xkan cri ko lg..ko fikir baik2 mana yang  terbaik utk ko.aku xnk termakan sumpah k.) Ini ayat yang dia hantar dekat aku hari itu. Kenapa perlu dia halang aku sedangkan dia bukan suami mahupun tuning aku, so kenapa aku perlu jadi bodoh hendak ikut segala rentak dan cara hidup dia. Dia siapa yang hendak menghalang aku macam itu. Astarafullahal-azim. Aku sudah malas hendak fikir hal dia dengan kerenah macam budak-budak tidak matang.errmmmmm…buatlah apa yang kau suka aku sudah tidak mampu lagi untuk menahan semua ini. Terus terang aku katakana, aku dah tawau hati dengan sikap kau melayan aku. Biarlah kau pergi jauh-jauh dari hidup aku ini jangan kau cari aku lagi. Aku tidak mahu hidup derita dengan insane yang tidak pernah hargai aku. Cukuplah sampai disini sahaja kisah cinta kita, aku rela hidup sendiri dari hidup terseksa macam ini. Tak mengapa munking ada hikmah disebalik semua ini. Biarlah kau mengeluarkan kata-kata sumpah yang penting aku tidak seperti itu. Aku harapkan lepas ini hidup aku akan lebih bahagia dan aman …AMIN

Jumaat, 15 April 2011

DUGAAN YANG SANGAT BESAR

Kali ini aku jatuh lagi....aku tidak terdaya untuk menahan semua dugaan yang Engkau berikan  pada aku...aku terlalu sakit, sakit untuk menempuh semua ini, kepayahan kehidupan seharian untuk payah untuk aku laluinya. Aku terlalu sedih bahkan tidaktau berbuat apalagi hanya aku mampu menangis sahaja. Kenapa aku kerap sngat dugaan yg datang padaku ini, aku tidak kuat untuk tempuh semua ini YA ALLAH, tolong hambamu ini agar boleh meneruskan hidup dengan sempurna seperti biasa.
Besar sgtkah kesilapan yg aku lalukan balasan yang aku terima terlalu perit & sakit bagi ku...aku mahukan kebahgian seperti insan-insan lain, bahagia disamping insan yg tersayang kenapa aku tidak seperti mereka. Aku sentiasa diuji dengan dugaan yg tidak sanggup aku laluinya sampaikan aku tersungkur jatuh dan tidak terdaya hendak bangun semula.
Adakah ia jodohku??? Dan kenapa aku perlu jumpa dengan insan yang tidak pernah menghargai aku selama aku kenal dgnnya...pelbagai soalan yg timbul pada diriku...!!!! Adakah aku tidak diperlukan lagi??? Jika andaian aku selama ini betul kenapa dia mempermainkan cinta  yg selama ini kita bina bersama, dia curahkan kasih sayAng sepenuhnya sedangkan itu satu kepuraan!!! Kenapalah aku berjumpa dengan insan seperti die????
Ini sikapnya yg aku tahan selama ini disebabkan sayang dan dengan sayanglah juga aku terpaksa laluinya dengan tabah dan sabar. Perlu ker aku berterusan???  Apakah kisahku ini akan berakhir satu hari nanti??? Adakah 1 hari nanti dia baru hendak berubah atau menyesal diatas pergorbanan aku selama ini terhadap dirinya????
Aarrgghhhh!!!!!!!!!!!!!!! Sakit kepala aku kerana hendak memikirkan semua perkara ini dalam 1 masa yg sama...aku mahukan kebahgian hidup , aku tidak mahukan kesedihan, kekecewaan dan kedukaan yang menguasai ini semua...
YAALLAH AKU MEMOHON KEPADAMU AGAR ENGKAU TABAHKAN HATIKU INI UNTUK MENEMPUH SEGALA DUGAAN DAN ENGKAU UBAHKAN SIKAP SI DIA YANG TIDAK PERNAH BERSYUKUR DGN APA YANG DIA ADA SEKARANG........

Yaallah ya tuhanku..kenapalah dengan aku ini..semenjak 2 tiga hari nie fikiran aku tidak menentu sahaja,rasa terganggu shaja..aku tidak dapat tido..rasa hendak menangis pun ada sedangkn aku tidak ada masalah dengan si dia..apa harus ku buat..kadang makan pun tidak, asyik kerisauan sahaja,seperti mahu menjerit & menangis dengan puas2 nye…aku mahukn kesempurnaan n kebahgian dalam diri aku..aku tidak mahu memikirkan apa2 masalah yg akn berlaku..perasaan aku sebak..hati gelisah..diri mengelabah..fikiran celaru, pendirian tidak tetap..hancur sumenye..boleh kew aku kuat semangat..boleh kew aku tempuh sume rintangan yg akan belaku,boleh kew aku mengatasi masalh ini…boleh kew????? Arrgghhh tidak memikirkan ini semua kepala aku mule sakit, sampaikn tidak ingt nk makan..harus kew aku siksa diri aku macm nie rupe…kenapa aku sikit pun tidak kecian pada diri sendiri..sedangkan kesihatan aku aku susah nk jge..
Semalam 12 oct 2010 kenapa aku tibe2 mnangis,tibe2 sebak,tibe2 perasaan sedih dating, knp??? Adakah aku fikirkn tentang si dia..eerrrmm mungkin ya..tp…knp aku perlu fikirkan ini sume sedangkan aku ok je dengannya..mungkin aku takut kehilangan si dia..kenapa semenjak ini aku mule gelisah akan dirinya..adakah aku kurang pecaya padanya??? Ini mungkin jalan terbaik bg aku berhati2 agar tidak dikecewakan oleh cinta..aku sayangkn si dia..aku tidak mahu si dia lepaskan tangan owg lain…tidak dinafikan setiap perempuan ade perasaan cemburu n jelous aku tidak suke si dia msg call mahupun bckp ngan perempuan lain…aku rase kn diri aku ni rendah sgt…adakah aku nie kurang cantik pada mata die..adakah aku terlalu mengongkongnye??? Ermmm aku tidak mmpu menjawab yang boleh megulas segala diri aku ini adalah si dia, si dia yang mampu mnjwab kerana si dia telah bsama ku hampir 2 tahun,..
Tidak ku sangka dalam ms 2 tahun ni lah telalu bnyak dugaan yang dating lepas 1, 1 masalh lain yg timbul..smpai 1 tahap aku dh tidak boleh nk buat pape lg…tidak boleh nk memikirkan nye..terlalu bnyak..makin diuji dengan dugaan makin bnyak owg yg muncul disekelilingku untuk membri semangat tetapi tidak jlan jgak..sampai 1 tahap aku buat keputusan sendiri aku tidak mahu fikir kn nie sume ..tp alhamdullh boleh jgk..aku mampu time sume ini dengan sendiri atas usaha sendiri..aku bsyukur sgt2..mungkin mase bcinta ku diuji dengan pelbagai dugaan insyllh aku memohon agar aku diberi hikmah smase aku dh berumahtangga..amin…
Sekarang ini aku besyukur dengan apa yang ada pada diriku sekarang..aku dengannye dh kurang begaduh..tidak seperti dulu..adakah die dh boleh bfikir atau pun dh berubah…allamdullh klu itu yg betul..aku lah owg pertama yg akan gembira sekali….aku bersyukur sangat2..semoga bekekalan sampai bile2 perubahan itu…amin

TENTANG LELAKI DAN WANITA YANG MULIA

kecantikan lelaki.... kecantikan lelaki bukan rupa fizikal tetapi rohani..lelaki yang amat cantik adalah lelaki...yang mampu mengalirkan airmata....yang sedia menerima segala teguran...yang memberi madu setelah menerima racun...lelaki yang baik sangka.....yang x pernah putus asa....yang tidak pernah meminta sebaliknye menyenangkannye...dan tidak melukakan perasaan wanita malah mengembirakannye .

 

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya....Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..... Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang....

CINTA ALLAH CINTA YANG HAKIKI

-Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke SYURGA, dan dari neraka menjauhkan?

-Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in TOUCH.

-Cinta Allah adalah cinta SEJATI yang kekal abadi.

-Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada RUSUK lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk DIMULIA, disayangi dan dicintai.

-Seorang TEMAN yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.

-"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

-Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.

-The most excellent JIHAD is that for the conquest of self.

-Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

-Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. 

-Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?

-[I]Isyak [S]Subuh [L]Luhur [A]Asar [M]Maghrib. Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan ISLAM lagi.

-Life is too short to waste time HATING anyone.

-Tetapi yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

-Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang HALAL.

-Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.

-Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

-Sudahlah lahir dari saluran yang berkongsi dengan saluran qubul, hampir pula dengan saluran dubur. Setelah itu selama beberapa bulan menelan najis sendiri berkali-kali! Maka masih layakkah kita EGO dengan Sang Pencipta sedangkan Dia-lah yang memelihara di dalam ruang kecil diliputi tiga kegelapan itu?

-"Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" hanyalah kata-kata yang dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah. Sedarlah, hidup di dunia sangat SINGKAT waktunya. Usia muda tidak bermakna ajal juga masih jauh duduknya. Tidak nampakkah kita dengan bukti-bukti yang telah Allah tunjukkan? Nauzubillah.

-CINTA kepada bunga akan layu. Cinta kepada manusia akan berpisah. Cinta kepada Allah swt akan abadi.

-SAHABAT yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah.

-Lebih baik terlanggar tiang menundukkan PANDANGAN daripada terlanggar agama menurut panahan syaitan.

-Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.

-ISLAM bukan hanya nama, islam adalah cara hidup.

-Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti BUNGA DEDAP. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

-Keperluan hati terhadap ZIKIR umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

-Love ALLAH because He loves you.

-"Agama islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai dikalangan umat islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang Muslim dan menerima islam sebagai WARISAN." [Fathi Yakan]

-Pelajar hendaklah sedar bahawa tujuan belajar adalah menghiasi dan mencantikkan hati dengan sifat-sifat keutamaan (sifat mahmudah). Jangan sekali- kali bertujuan menuntut ILMU untuk menjadi pemimpin, memperoleh harta dan kemegahan, melawan orang bodoh dan membangga diri.

-SHINE ON and don't give up on what you have decided to do!

-KEIMANAN menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.


-Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna!

-Semoga cantik kebanyakan diganti cantik sebenar kecantikan. Ternyata ianya INDAH.

-HIDAYAH perlu dicari, bukan dinanti.

-Beruntunglah sesiapa manfaatkan hidayah dariNYA. Hadiah jiwa hanya untuk mereka yang terpilih. Pelihara, pulihara dan PENJARAKAN ia jangan sampai terpergi lagi.

-From HIM that we came, to HIM that we will returned.

-Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa dirimu telah mencuba. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaian. Bila tiada bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH ADALAH JAWAPANNYA.

-CHANGE is never easy. You fight to hold on and you fight to let go.

-Aku keliru, apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki? Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan? Atau pada akhlak yang menawan? Biar apa pun jawapannya, aku tetap aku. Aku seorang wanita. Fitrahku sukakan diri cantik jelita. Namun, bukan kecantikan di mata manusia, sebaliknya.. AKU MENCARI KECANTIKAN YANG DIIKTIRAF TUHAN!

-Ingatlah! Dalam setiap jasad itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu. Apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah, daging itu ialah HATI.

-LIFE is either a daring adventure or nothing.

-Kau tahu kecantikan wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya ataupun bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari MATAnya, kerana itulah pintu hatinya. Tempat di mana CINTA ITU ADA.

Rabu, 13 April 2011

TABAH MENEMPUH SEGALA UJIAN YANG DATANG: Sabar yang penting

TABAH MENEMPUH SEGALA UJIAN YANG DATANG: Sabar yang penting

Sabar yang penting

1) Sabar - yes, inilah sebenarnya yang patut kita buat
2) Muhasabah diri - cuba kita study balik, di mana kekurangan kita, di mana silapnya. cuba perbaiki kesilapan.
3) Menangis - itu semestinya...mungkin ia boleh mengubat hati yang tercalar..lepaskan kesedihan...jika itu dugaanMU.
3) Syukur - mungkin dugaan itu, Allah nak ingatkan kita, mungkin kita dah terleka.
4) Redha - Jika kita redha, insyaAllah Allah akan gandakan pahala yang kita dapat atas kesabaran dan ketabahan kita hadapi dugaan dari NYA.
5) baca Quran - insyaAllah, dekatkan diri dengan NYA, sesungguhNya, tiada yang lebih dekat dengan hati kita kecuali ALLAH...mengadu lah padaNYA...sesungguhnya DIA Maha Mendengar...

Ya Allah, tabahkan hati ini dalam menghadapi ujian MU...amin...jadikan la aku umat mu yang solehah, matikan la aku dalam keadaan yang beriman...peliharakan la rumah tanggaku, perelokkan akhlak ku, pasanganku dan kurniakan lah kami zuriat yang menyejukkan hati dan mata...dan jauhi la kami dari azab api neraka....amin...

~kisah KASIH, CINTA,SEDIH, & KECEWA~

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.
KASIH

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.
CINTA


KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.
KECEWA


Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..
SEDIH


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..? 

Hikmah Disebalik Ujian Allah

YaAllah tolonglah hambaMu ini..kerna aku selalu diuji dengan ujianMu
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik